Menurut kemas kini pelakon Salina Saibi di Instagram, Nizen atau nama sebenarnya, Saiful Nizen Mohd Ayob, 32, Allahyarham disahkan doktor meninggal dunia akibat kegagalan fungsi buah pinggang.

Katanya, pelakon drama rantaian Istikarah Cinta itu mengalami kegagalan fungsi buah pinggang sebanyak 50 peratus dan selain dibawa pulang ke kediaman keluarganya di Johor Bahru.

“Jenazah telah dimandikan di Hospital Sultanah Aminah Johor dan dibawa pulang ke rumah keluarga. Mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada sahabat kami.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Sedih sangat,” tulisnya di Instagram.

Pada masa sama, pelakon Sheera Iskandar turut berkongsikan khabar sedih itu di akaun Instagramnya. 

Tulisnya di Instagram,”Innalillahiwainailaihirojiun. Sahabat kami Nizen Ayob baru sahaja pergi menghadap Illahi. Mohon doa dari semua moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman”.

Pelakon yang berasal dari Johor itu pernah membintangi drama rantaian Ayuni Safira, Gerak Khas, Ezora, dan Janji Jaslina.