Ahya yang juga merupakan seorang model dan pelakon mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Shahirah.

Majlis yang dihadiri kaum keluarga kedua-dua belah pihak itu diadakan di kediaman Shahirah di Kuala Perlis, Perlis.

Berita gembira itu dikongsikan Ahya menerusi laman Instagramnya dengan memuat naik beberapa keping gambar pertunangan mereka.

"Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada seluruh ahli keluarga.

"Kita #darahmanis. Saya cintakan awak sayang. Tanggungjawab suami," tulisnya. - K! ONLINE