Pelabur tersebut terdiri daripada syarikat produksi filem itu sendiri, Asia Tropical Films dan beberapa penaja lain. 

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Golden Screen Cinemas, Koh Mei Lee kepada Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin pada majlis Malam Penghargaan Paskal yang diadakan di Hotel Majestic di sini sebentar tadi. 

Menurut pengarah filem tersebut, Adrian Teh, sumbangan itu diberikan sebagai tanda penghargaan kru Paskal kepada unit tentera itu yang telah memberi sokongan tidak berbelah bahagi sepanjang mereka menjalani penggambaran filem tersebut. 

“Sumbangan ini diberikan kepada TLDM kerana pihak mereka memberi sokongan yang sangat padu kepada kami selain memberi kepercayaan untuk kami menghasilkan filem ini. 

“Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban dan kebajikan anggota TLDM serta keluarga mereka,” katanya. 

Majlis itu turut dihadiri tetamu kehormat iaitu Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Mohd. Reza Mohd. Sany dan isteri serta Panglima Paskal dan Laksamana Pertama Anuar Alias. 

Filem Paskal dibintangi barisan pelakon seperti Hairul Azreen, Ammar Alfian, Gambit Saifullah, Taufiq Hanafi, Theeban G, Henley Hii, Hafizul Kamal, Jasmine Suraya Chin, Namron, Amerul Affendi dan Datuk Eizlan Yusof. 

Mula ditayangkan pada 27 September lalu di pawagam seluruh negara, Paskal berjaya mencatatkan kutipan sebanyak RM 2 juta pada hari pembukaannya. 

Secara rekod, filem yang diinspirasikan daripada kisah benar itu melengkapkan catatan kutipan keseluruhan sebanyak RM30 juta. - K! ONLINE