Kata Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, dia tidak terkesan dengan andaian tersebut sekali gus ada melabelkannya sebagai simbol seks.

"Payudara saya ori dan tidak pernah buat sebarang pembedahan. Kalau orang kata besar atau montok, jawapan saya adalah anak saya masih menyusu badan. Kalau orang bandingkan dulu dan sekarang memang lain, kerana sekarang saya sudah menjadi seorang ibu.

"Lantak orang mahu label saya simbol seks. Saya sudah malas untuk ambil kisah apa yang orang kata tentang saya. Asalkan saya bahagia dengan jalan hidup saya, itu sudah lebih daripada cukup," jelas Elly atau mesra disapa sebagai Kak Lina Pom Pom.

Sementara itu, ditanya mengenai akaun Instagramnya yang digodam baru-baru ini, Elly, 38, reda dengan perkara itu dan sudah mencipta akaun baharu.

"Saya terpaksa cipta akaun baharu walaupun pengikut akaun lama memang ramai. Biarlah, saya hanya ingin fokus dengan kerjaya seni pada tahun ini.

"Saya sudah penat dengan kontroversi. Azam saya tahun 2018 untuk kurangkan kontroversi yang sebelum ini banyak berlaku kepada saya," kata ibu kepada Putri Sara Sefhia, 2, itu.

Elly berkahwin dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun mengambil keputusan untuk bercerai pada 15 Oktober 2015. - K! ONLINE