Kejadian lucu itu terjadi ketika pasangan berkenaan baru sahaja pulang dari pergunungan salji Aspen, Colorado yang mana Paris menerima lamaran lelaki itu di pergunungan tersebut.

Takut peminat menghampiri, Paris dan tunangnya bergegas menuju ke kereta yang sedang menunggu mereka di luar lapangan terbang. Malah, apabila pengawal peribadinya membuka pintu kereta, Paris dikatakan terus memasukinya sambil melindungi cincin yang bertakhtakan batu berlian 22 karat berbentuk ‘V’ itu tanpa menghiraukan Zylka yang belum memasuki kereta tersebut.

Lebih ironi, kereta berkenaan bergerak meninggalkan lapangan terbang tanpa Zylka sempat memasukinya. Mujur, kereta tersebut berpatah balik untuk mengambil Zylka yang tertinggal di lapangan terbang.