Bayi perempuan seberat 3.35 kilogram itu dilahirkan di Hospital Bersalin & Poliklinik Pusrawi, Kota Damansara, Selangor, sekali gus menjadi zuriat keenam Norman hasil perkahwinannya dengan Memey dan sebelum itu bersama Abby Abadi.

Menerusi kapsyen di Instagram, Norman melahirkan rasa bersyukur yang tidak terhingga dengan kurniaan yang diberikan.

“Alhamdulillah, syukur terima kasih Ya Allah.

“Terima kasih di atas doa kalian yang tidak putus-putus,” katanya.

Terdahulu, Norman memuat naik sekeping gambarnya bersama Memey dan memohon agar peminat mendoakan kesejahteraan isterinya yang bakal bersalin.

Norman mendirikan rumah tangga bersama Memey pada 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 5, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3.

Manakala, melalui perkahwinan dengan Abby Abadi, Norman dikurniakan tiga zuriat iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10 tahun. - K! ONLINE