Ia sekaligus membuatkan pelakon yang mencipta fenomena menerusi watak Husna dalam drama bersiri Jangan Benci Cintaku itu kini bergelar Datin.

"Ya, suami menerima Darjah Indera Mahkota yang membawa gelaran Datuk," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad menerusi mesej kiriman WhatsApp.

Niena mendirikan rumah tangga dengan usahawan tersebut pada 1 Februari 2018.

Pelakon drama Sayangku Kapten Mukriz itu kini juga sedang berbadan dua. - K! ONLINE