Pengumuman itu dibuat Nick, 25, menerusi akaun Instagramnya.

“Bakal Puan Jonas. Hatiku. Cintaku,” tulis Nick yang merupakan bekas anggota band Jonas Brothers.

Priyanka, 36, juga melakukan hal yang sama apabila berkongsi gambar pertunangan mereka menerusi akaun Instagramnya pada Sabtu lalu.

“Diambil dengan sepenuh hati dan jiwa saya,” tulis Priyanka di samping memuat naik gambar romantis bersama Nick yang turut memperlihatkan cincin pertunangannya.

Difahamkan, Nick melamar Priyanka sekitar Julai lalu selepas bercinta hampir enam bulan. Lamaran tersebut dibuat dengan cincin empat karat jenama Tiffany & Co yang dianggarkan berharga sekitar AS$200,000 (RM821,499). Priyanka dan Nick kini berada di Mumbai, India untuk majlis pertunangan tradisi India iaitu Roka.