Menerusi kemas kini Instagram pelakon Encik Imam Ekspres itu telah memuat naik gambar bersama tunangnya, namun masih menyembunyikan wajah lelaki berkenaan.

“Jumpa awak esok untuk majlis nikah kita, ya?,” tulis pemilik nama Nik Zaris Nelydia Nik Sen itu sambil meletak tanda pagar #myotherhafeznel.

Awal Mac lalu, wanita berusia 24 tahun itu telah disambut dalam sebuah majlis parti bujang oleh rakan-rakan rapatnya yang menandakan Nelydia bakal berkahwin tidak lama lagi.

Sehingga kini, Nelydia masih memilih untuk merahsiakan identiti bakal suaminya yang dilaporkan sebagai seorang ahli perniagaan.