ABP tahun 2019 iaitu edisi yang ke-32 bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 22 September depan.

Neelofa, 30, yang pernah merangkul kategori Bintang Paling Popular ABP-29, mengumumkan keputusan tersebut menerusi satu kenyataan media sebentar tadi.

Menurut Neelofa, penarikan dirinya daripada ABP adalah wajar kerana sudah lama tidak aktif dalam bidang seni.

“Sejak akhir-akhir ini, saya sangat sibuk dengan perniagaan sehingga agak sukar untuk memberi tumpuan kepada kerjaya seni.

“Oleh sebab itu, adalah lebih baik saya berehat dahulu bertanding di ABP untuk tahun ini. Saya bukan menarik diri selamanya cuma bagi edisi kali ini dan juga bagi tahun 2020,” jelasnya lagi.

Tambah pelakon drama Red Velvet itu lagi, dia akan kembali aktif dalam dunia seni apabila sudah tidak terlalu sibuk menguruskan perniagaannya.

“Jika saya sudah kembali berlakon, barulah rasa berbaloi untuk terlibat dalam majlis anugerah,” ujarnya lagi.

Meskipun begitu, Neelofa tetap menyatakan sokongannya terhadap semua selebriti lain yang bertanding dan mengharapkan yang terbaik buat mereka.

Sepanjang penglibatan dalam ABP, Neelofa pernah merangkul kategori Pengacara TV Wanita Popular atau Pengacara TV Popular selama lima tahun berturut-turut. - K! ONLINE