Neelofa, 30, yang sedang menunaikan rukun Islam kelima bersama ibu dan dua orang adik lelakinya itu memberitahu perkara tersebut di laman Twitternya.

“Bagi tempoh saya menunaikan haji selama dua minggu, saya tidak akan mengendalikan dua laman sosial iaitu Facebook dan Twitter. Ia akan diambil alih oleh pekerja saya sehingga 15 Ogos ini.

“Ini berikutan saya mahu memberi fokus penuh pada ibadah haji dan memanfaatkan masa selama mana berada di Tanah Suci, Mekah,”ujarnya lagi.

Terdahulu, Neelofa telah berangkat ke Mekah pada malam 6 Ogos selepas dua hari terkandas akibat masalah visa.

Ini merupakan kali kedua Neelofa menunaikan ibadah haji selepas melakukannya buat kali pertama pada tahun 2016. - K! ONLINE