Menerusi muat naik dalam Instagram peribadinya pada petang tadi, Nazim membuat pengumuman duka bahawa satu persetujuan bersama telah dicapai bersama Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally, 27 untuk menamatkan hubungan perkahwinan mereka.

“Dengan rasa berat hati dan dukacita ingin memaklumkan bahawa di atas persetujuan bersama, perkahwinan saya dan Bella Dally telah berakhir. Saya dan Bella ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih atas doa-doa yang baik untuk kami selama ini.

“Sesungguhnya segala keindahan itu datang dariNya dan semua kekurangan itu hadir atas kekhilafan kami sebagai manusia biasa,” tulis pelakon drama Mona Lisa itu menerusi satu sekeping gambar berlatarkan warna hitam menerusi akaun Instagramnya.

Sebagaimana tulisnya bahawa hanya Allah yang mengetahui atas segala sesuatu, Nazim juga sempat membalas pertanyaan Kosmo! menerusi WhatsApp.

"Jodoh kami tak panjang," kata pemilik Nushrul Alif Othman, 34, dan Bella bernikah pada 10 September 2016 di Hotel Promanade, Kota Kinabalu, Sabah. - K! ONLINE