Nadia atau nama sebenarnya, Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 28, berkongsi momen indah itu dengan memuat naik sekeping foto dirinya bersama pasangannya yang dikenali dengan nama Muizz Nasruddin di hadapan menara Eiffel.

"Definitely YES," tulisnya di Instagram.

Ekoran perkongsian itu, pelakon filem Ratu Kala Jengking itu menerima ucapan tahniah daripada kalangan artis dan peminat.

Pada bulan lalu, Nadia secara terbuka mengakui sedang mengenali hati budi seorang lelaki selepas pernah mengalami episod putus cinta pada Jun tahun lalu. - K! ONLINE