Nabil, 34, mengumumkan nama anak perempuannya yang dilahirkan pada 24 April lalu secara pembedahan sebagai Mishall Imani yang bermaksud cahaya keimanan. 

“Saya ingin mengumumkan saya dan isteri memberi nama anak ketiga adalah Mishall Imani. Alhamdulillah,” katanya. 

Sebelum ini, pasangan yang berkahwin pada 2011 itu memiliki dua cahaya mata perempuan iaitu Naira Mikayla,7, dan Leyla Medyna, 4. - K! ONLINE