Menerusi gambar tersebut, Fathia atau nama sebenarnya, Nur Fathia Abdul Latiff, 30, meletakkan tanda pagar #tbpost yang membawa maksud gambar tersebut merupakan gambar lamanya.

Ramai yang mengandaikan, pelakon drama Plan Cinta Tak Jadi itu mahu mengikuti jejak langkah Uqasha yang mengambil keputusan untuk kembali tidak mengenakan tudung tahun lalu.

Ada juga yang berharap agar Fathia kekal istiqamah dan terus kekal dengan imej menutup aurat.

Dalam pada itu, Fathia mengambil pendekatan untuk berdiam diri dan menutup ruang komen gambar berkenaan. - K! ONLINE