Nourish atau nama sebenarnya, Norhaniza Hassan memohon maaf kepada Nabila melalui kenyataan di Instagram sebentar tadi.

“Abil kami mohon maaf selama ini kami kurang memberi perhatian dan mendengar masalah anda.

“Alhamdulillah, semoga kejadian ini mengeratkan lagi hubungan kita sekeluarga. Amin. Kami sayang anda juga,” katanya.

Dalam tulisan itu, Nourish mengucapkan terima kasih kepada pelakon dan pengarah, Erma Fatima kerana menjadi orang tengah dalam urusan mendamaikan mereka sekeluarga.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada mereka yang tidak putus-putus mendoakan kami sekeluarga.

“Terima kasih kakakku, ‘superwoman’ Erma Fatima. Tidak terbalas jasa kakak,” ujarnya lagi.  - K! ONLINE