Perkara itu dikongsikan oleh Michelle, 56, menerusi Instragamnya semalam.

"Saya sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada francais Avatar. Saya juga tidak sabar untuk bekerja dengan pengarah legenda James Cameron nanti," tulisnya.

Dalam perkongsian tersebut, pelakon yang terkenal menerusi filem Wing Chun itu turut berkongsi kata-kata yang pernah diungkapkan Cameron terhadapnya.

"Sepanjang kariernya, Michelle berjaya mencipta karakter yang unik dan sentiasa diingati dalam lakonan.

"Saya tidak sabar untuk bekerja dengannya dan melakukan hal serupa dalam sekuel Avatar," kata Cameron.

Sebelum ini, filem pertama Avatar ditayangkan pada 2009 dan dibintangi barisan pelakon seperti Sam Worthington, Zoe Saldana, Stephen Lang serta Michelle Rodriguez. - K! ONLINE