Setiap mentor akan memilih dua protege setiap seorang untuk bertanding dalam program realiti berkenaan yang bakal berlangsung selama tujuh minggu.

Bakal protege kepada Misha Omar ialah Elvira, Wan Azran dan Bob. Untuk Tam Protege, bakal protegenya ialah Kamarul, Irwan dan Izwan. Sementara itu, bakal protege kepada Siti Sarah ialah Sairi, Alina, Zanie. Tidak ketinggalan, bakal protege kepada Zarul Husin ialah Aznie, Lokman, Fakhiz.

Setiap mentor hanya akan memilih dua protege setiap seorang pada konsert pengenalan Ahad ini.

Program yang dikendalikan oleh Haziq (Hot FM) dan Elly Mazlein tersebut akan mula bersiaran secara langsung di TV3 pada setiap Ahad pukul 9 malam bermula 18 Mac ini dari Plaza Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Mentor Otai kali ini menampilkan Mark Adam dan Edry Abdul Halim sebagai juri tetap.

Juara akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000, tempat kedua RM50,000 manakala tempat ketiga RM20,000. - K! ONLINE