Bagaimanapun, menerusi hantaran terkini di Instagram Stories, Neelofa mengucap terima kasih kepada pihak yang sudi membantunya untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Menurut Neelofa, dia akan terbang ke Mekah bagi mengerjakan haji esok.

“Mungkin ramai yang belum tahu yang saya dan beberapa jemaah haji lain tidak dapat berangkat ke ke Jedah kerana masalah visa. Alhamdulillah selepas hampir dua hari, masalah visa diselesaikan. Insya-Allah saya akan ke Mekah esok.

“Ramai yang sudi membantu untuk menyelesaikan masalah ini dengan penuh ikhlas. Menerusi bantuan mereka, Allah permudahkan untuk saya menjadi tetamunya sekali lagi,” ujar Neelofa ringkas.

Neelofa sepatutnya berangkat ke Mekah pada 4 Ogos lalu bersama dua adik lelaki dan ibunya. - K! ONLINE