Penyanyi lagu Ingin Bersamamu itu berkata, dia berasa sedikit pelik dan mengambil masa yang agak lama untuk menyedari bahawa panggilan datuk tersebut ditujukan kepadanya.

“Apabila ada yang memanggil saya Datuk, saya mengambil masa agak lama untuk sedar bahawa mereka tujukan gelaran tersebut untuk saya.

“Anda masih boleh memanggil saya Syafinaz. Datuk itu hanya gelaran daripada anugerah yang saya terima. Tetapi, nama saya masih Syafinaz Selamat,” katanya.

Syafinaz merupakan antara 69 penerima pingat Panglima Mahkota Wilayah dan pengiktirafan tersebut diberikan oleh Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara, Kuala Lumpur. - K! ONLINE