KRU yang mula ditubuhkan sejak 1992 dianggotai oleh Norman Abdul Halim,Yusry Abdul Halim dan Edry Abdul Halim membuat kenyataan tersebut sewaktu sidang media khas yang diadakan di Impiana Hotel, hari ini.

Menurut Norman, keputusan ini dibuat kerana masing-masing sudah mempunyai perancangan tersendiri dalam meneruskan kerjaya dalam industri seni tempatan.

“Konsert ini kami anggap sebagai satu konklusi kepada perjalan karier kami sejak 25 tahun lalu dan juga sebagai hadiah penutup buat semua peminat KRU selama ini.

“Selain itu, kami juga ada merakam lagu selamat tinggal bertajuk Tahan Lama duet bersama Joe Flizzow sebagai single terakhir sebagai kumpulan KRU,” jelansya lagi. - K! ONLINE