Menerusi laman Instagram rasmi @kristalband dan gitaris mereka, Rody Kristal, kumpulan itu memberitahu memandangkan Lan juga pernah meluahkan hasrat untuk berehat daripada Kristal maka sekarang ia akan dipenuhi.

“Kristal akan merehatkan Lan dan bakal membuat sesi ujibakat bagi pencari vokalis baharu memandangkan Lan kini sibuk dengan GV.

“Semoga Lan berjaya dengan impian menyanyi solonya. Kristal akan cari pengganti, kalau tidak tiada pula tawaran persembahan tawaran untuk kami pula,”tulis Rody di laman Instagramnya.

Terdahulu, Lan atau nama sebenarnya Razlan Mohamed Yusof pernah membuat kenyataan mahu memberi tumpuan pada kerjaya solo dan berehat sebentar daripada kumpulan Kristal. - K! ONLINE