Sekiranya final tersebut berlangsung, konsert yang akan diadakan di Stadium Perak, Ipoh, Perak itu akan ditunda kepada keesokan harinya iaitu Ahad, 16 Disember.

Bagaimanapun, penundaan itu hanya akan berlaku sekiranya pertembungan antara skuad Harimau Malaya menentang Thailand di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand pada malam esok memihak kepada Malaysia.

"Konsert tetap akan berjalan seperti biasa pada 15 Disember, cuma sekiranya Malaysia melangkah ke final, adalah lebih baik ia ditunda kepada keesokan hari.

"Perkara ini pun sudah dibincang bersama penganjur. Jadi bagi kami tiada masalah pun sekiranya ditunda sebab perubahan tarikh hanya sehari sahaja.

"Lagipun semua kelengkapan memang tersedia di stadium, jadi penundaan itu tidak akan menimbulkan masalah buat kami," ujar vokalis May, Mus ketika ditemui pada sesi makan tengah hari bersama May dan XPDC di Publika sebentar tadi.

Selain penganjuran konsert yang akan bermula pada pukul 9 malam, pengunjung yang hadir turut disajikan dengan pelbagai acara di tapak konsert bermula pukul 12 tengah hari.

Tiket konsert dijual pada harga RM60, RM95 dan RM150 (VIP).

Sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi talian 017-5787728, 019-5578855 atau 013-2364057 atau layari laman www.stubapp.com. - K! ONLINE