Acara yang berlangsung di Stadium Merdeka pada pukul 8 malam itu memperlihatkan persembahan bertenga daripada kumpulan tersebut yang dianggotai oleh Ryan Tedder selaku vokalis, Zack Filkins (pemain gitar), Drew Brown (pemain gitar), Eddie Fisher (pemain drum), dan Brent Kutzle (pemain bass).

Popular menerusi untaian lagu hit seperti Apologize, Good Life dan Counting Stars, mereka juga akan mendendangkan lagu baharu daripada album keempat, Oh My My.

Tiket dijual pada harga RM178, RM298, RM398, RM498, RM578 dan RM668 di ticketcharge.com.my atau hubungi 03-9222 8811. - K! ONLINE