Konsert yang dikenali sebagai ‘Jelajah Darkness and Light World’ itu bakal diadakan di Arena of Stars di Resort World Genting, Genting Highlands, Pahang.

Penyanyi yang memenangi sepuluh anugerah Grammy ini bakal mempersembahkan beberapa lagu popularnya termasuk ‘Green Light' dan 'Love Me Now'.

Ini kali ketiga Legend, 38, datang ke Malaysia di mana konsert terakhirnya ‘John Legend Live in Malaysia’ di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 2014 menerima sambutan hangat.

Dengan lima album telah dihasilkan, penyanyi kelahiran Ohio, Amerika Syarikat yang sebelum ini popular dengan lagu ‘All of Me’ itu pastinya sekali lagi dijangka menghiburkan para peminat muzik R&B di negara ini.

Makluman mengenai tiket bagi konsert ini akan dikeluarkan tidak lama lagi. Informasi lanjut hubungi +603 2718 1118  atau layari laman web www.rwgenting.com. - K! ONLINE