Namun, tidak seperti kumpulan power metal dari Jerman ini yang tidak terkesan kerana faktor usia, perselisihan sesama sendiri atau pun dibubarkan, sebaliknya mereka tetap utuh sehingga kini.

Sebab itu, setelah 34 tahun Helloween ditubuhkan dan mencipta nama di persada muzik power metal peringkat antarabangsa, keutuhan mereka itu bakal disaksikan oleh para peminat di negara ini.

Mereka akan mengadakan konsert  Pumpkins United Tour 2018 Live In Malaysia itu di Dewan Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor, pada 28 April ini, pukul 8.30 malam.

Kali terakhir Helloween berkunjung ke rantau Asia Tenggara adalah pada konsert sulung mereka di Fort Canning, Singapura pada 24 Februari 2008 yang disaksikan hampir 5,000 peminat.

Pada kunjungan kali ini mereka akan menampilkan anggota-anggota asal iaitu Weikath, Kiske, Hansen, Grosskopf dan  turut di bantu oleh Andi dan Michi selaku vokalis, Kai Weiki serta Sascha (gitaris) dan Markus (bass), manakala Dani pula bertindak sebagai pemain dram.

Konsert Pumpkins United World Tour 2018 Live In Malaysia itu yang dianjurkan RSVP Media dan Malaysia Autoshow itu dijangka mampu memuaskan hati para peminat mereka dalam persembahan yang akan diadakan selama dua jam tanpa henti.

Kumpulan yang pada mulanya dikenali sebagai Gentry, Second Hell dan Iron Fist itu mempunyai pengalaman mengadakan ribuan konsert di seluruh dunia sejak ditubuhkan lebih tiga dekad yang lalu yang mana mereka sezaman dengan kumpulan dari Jerman yang lain seperti Destruction, Kreator dan Tankard.

Helloween mula tampil dengan album pertama yang telah diterbitkan pada tahun 1985 bertajuk Walls Of Jericho selain beberapa buah album lain termasuk Keeper Of The Seven Keys Part 1, Pink Bubbles Go Ape, Chameleon, Master of the Rings, The Time of the Oath dan Better Than Raw.

Para peminat boleh mendapatkan tiket yang telah pun dan ia berharga antara RM195 hingga RM800 (pembelian awal sehingga 18 Mac ini), manakala RM295 sehingga RM900 iaitu selepas promosi pembelian awal itu berakhir. 

Sebelum mengadakan konsert di Malaysia, Helloween akan mengadakan persembahan mereka di Jepun, Rusia dan Ukraine selain turut diadakan di negara-negara seperti Itali, Sweden, Norway, Finland dan beberapa buah lagi negara.

Sebarang pertanyaan berhubung pembelian tiket dan konsert tersebut, sila hubungi 03-78807999 atau layari  www.ticketpro.com.my atau www.soundvalleyfestival.com. - K! ONLINE