Menyanyikan lebih lagu-lagu hitsnya, konsert tersebut merupakan konsert perdananya sepanjang bergelar penyanyi dan juga yang pertama kali diadakan di republik itu.

Dayang, 36, berkata, konsert tersebut berjaya disebabkan sokongan yang tidak pernah berhenti daripada peminatnya.

“Saya berada di sini atas permintaan peminat. Disebabkan mereka juga, saya berjaya merealisasikan konsert ini.

“Konsert ini merupakan kembara muzik saya sepanjang lebih 20 tahun berada dalam industri muzik,” katanya.

Menerusi konsert yang berlangsung selama dua jam itu Dayang menyanyikan sebanyak 25 buah lagu. 

Antara lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi kelahiran Sarawak itu termasuklah Di Pintu Syurga, Seandainya Masih Ada Cinta, Dia dan Separuh Mati Ku Bercinta. - K! ONLINE