Menerusi satu status di laman Instagram, Pekin memuat naik gambar sekeping laporan polis yang menyatakan kejadian tersebut berlaku pada 3 Januari (Selasa) dan disebarkan menerusi FB Live.

“Saya tidak mampu untuk berkata apa-apa apabila masih lagi berlaku kejadian tidak bermoral seperti ini. Tolong hentikan perbuatan FB Live ini dan sokong filem tempatan kita.

“Saya hanya mampu bersabar dan serahkan semua kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya,” tulisnya pada status tersebut.

KL Wangan yang turut dibintangi oleh Faizal Hussein masih ditayangkan di pawagam sejak 21 Disember lalu dan telah menelan belanja hampir RM5 juta.

Antara filem lain yang pernah menerima nasib sama ialah Pinjamkan Hatiku, Kau Yang Satu dan Abang Long Fadil 2. - K! ONLINE