Menerusi laman Instagram Adam, rakaman video menunjukkan Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff telah disarungkan cincin tanda oleh ibu Adam yang membawa maksud bertunang atau merisik pada majlis ringkas yang diadakan itu.

Menguatkan lagi spekulasi, ibu saudaranya, Ratu Rock Malaysia, Ella Aminuddin turut hadir dan memuat naik foto sama yang menampakkan Kaka masih dalam persalinan sama.

“Ucapkan hello pada bakal bekas kekasih saya,” tulis Adam pada sekeping foto di Instastorynya.

Sehingga kini, masih tiada sebarang pengesahan yang dibuat oleh Kaka berkenaan berita gembira ini. - K! ONLINE