Perkara tersebut disahkan oleh Joey sendiri menerusi kemas kini laman Facebooknya yang turut memberitahu dirinya mengalami empat tulang rusuk patah.

“Saya kemalangan motorsikal di hadapan stesen minyak Shell MRR2.

“Empat tulang rusuk saya patah, sama seperti yang dialami oleh arwah penyanyi Saleem tahun lalu. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku jika ditakdirkan mati dahulu," tulisnya lagi.

Dalam pada itu, Joey turut meminta rakan-rakan atau kenalan yang mahu melawat agar memberi ruang kepadanya untuk berehat terlebih dahulu kerana masih berada dalam keadaan yang belum selesa.

“Saya tahu ramai yang mahu melawat tetapi saya mohon berilah saya waktu berehat dahulu.

“Sekarang hendak tidur pun susah kerana sakitnya hanya Allah yang tahu,” katanya lagi. - K! ONLINE