Individu tersebut dipercayai mencipta akaun Facebook palsu menggunakan nama dan gambarnya.

Izzue melalui Instagram Stories miliknya mendedahkan perkara tersebut beserta bukti pembayaran yang telah dibuat beberapa individu.

"Ini apa kes pula? Bila masa kami jual telekung? Mohon penjelasan. Kalau betul ada transaksi jual beli dengan kami sila tunjukkan bukti beserta nombor akaun bank dan penama.

"Dengan siapa kamu berhubung? Nombor telefon dia berapa? Bukti perbualan di Facebook pula nama apa. Bercakap berkenaan Facebook, akaun izzueislam masih aktif dan yang rasmi hanya mempunyai tanda biru (verified)," luah Izzue di Instagramnya.

Pelantun lagu Bimbang itu turut menasihatkan mereka yang ditipu untuk membuat laporan polis dan tidak mengaitkan namanya dalam masalah tersebut. - K! ONLINE