Aliff, 32, menerusi kemas kini Instagramnya memberitahu dia sebenarnya mahu merahsiakan berita kehamilan Shahida sebagai satu kejutan sebelum isterinya mengalami insiden tersebut.

“Tolong doakan isteri saya dan kandungannya. Sepatutnya kehamilan ini dirahsiakan dahulu tetapi saya beritahu juga kerana mengharapkan doa peminat di luar sana.

“Keadaan isteri saya ini mungkin disebabkan terlalu tertekan dengan isu Qhadeeja (anak kedua) baru-baru ini hingga dia mengalami pendarahan yang mungkin mengakibatkan keguguran,” tulisnya lagi.

Tambah penyanyi Abang Nak Tegur itu lagi, jika mengikut pemeriksaan doktor, anak yang dikandung Shahida ialah bayi kembar seperti yang diidamkan pasangan tersebut.

“Mohon doakan isteri dan anak-anak saya selamat, doa anda semua amat saya hargai,” ucapnya lagi.

Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada tahun 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 11, Ibrahem Edham, 7, Qadeeja El Zahra, 9, dan Yusoff Al Qardawi, 10 bulan. - K! ONLINE