Wan Sakinah Ahmad Saburi, 34, selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.07 kilogram (kg). 

"Syukur alhamdulillah. Keluarga Ashraf Muslim bertambah lagi. Terima kasih Allah untuk kurniaan yang tidak ternilai ini. 

"Selamat datang ke dunia anakku. Ayah, mama, ibu, Sarah, Adam dan Anas semuanya teruja. Semoga menjadi anak yang solehah, srikandi yang hebat di mata Allah, sihat dan seorang yang penyayang seperti kakak dan abang-abang. 

"Semoga kehadiranmu anakku membawa ukhwah kita sekeluarga bertambah erat. Amin, Insya-Allah. Doakan kami sekeluarga," tulisnya di akaun Instagram. 

Ashraf dan Sakinah mendirikan rumah tangga pada 7 Julai 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, 4, dan Adam Ashraf, dua tahun. 

Sementara perkahwinan Ashraf dengan isteri pertamanya Noor Dayana Lokman, 31, berlangsung pada 30 Ogos 2011 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Anas Ashraf, dua tahun. - K! ONLINE