Ismail Izzani Zainal Zaneri, 19, berkata, dia teruja untuk menonton sendiri video yang dikatakan telah tular sejak sebulan lalu.

Tidak bercadang mengambil tindakan undang-undang, Ismail sebaliknya merasakan tindakan individu berkenaan sebagai lucu.

"Saya secara peribadi telah meminta individu berkenaan berkongsi video penuh tersebut kepada saya. Saya sendiri teruja untuk melihat aksi 'Ismail Izzani' dalam video itu. Sebab selama ini, saya cuma tahu yang ditularkan hanyalah paparan skrin video berkenaan.

"Sehingga ke hari ini dia tidak membalas permintaan saya. Saya tidak tahu apa niat dia dan merasakan kewujudan video itu sebagai lucu," katanya ketika ditemui di sesi fotografi duta Kempen Ramadan Rangkaian Media Prima, di sini.

Pelantun lagu Luar Biasa juga menegaskan,  tidak memiliki jam G-Shock seperti yang dipakai lelaki mirip dirinya dalam video berkenaan.

"Saya tidak mempunyai jam itu. Kalau mahu fitnah, buatlah saya berada di hotel bertaraf lima bintang," tegasnya.

Tambah Ismail, ibunya Datin Suliza Salam hanya tergelak dengan penularan paparam skrin  lelaki tidak berbaju daripada video itu. - K! ONLINE