Kemenangan Interchange sekali gus menewaskan empat calon akhir iaitu Jungle (Australia), The Tag Along 2 (Taiwan), Villa Dwellers (Iran) dan The Soul of Himalaya (China). 

Anugerah itu diterima oleh Datuk Nancie Foo bagi mewakili pihak produksi. 

Selain Kesan Khas Visual, Interchange turut tercalon dalam kategori Penataan Bunyi Terbaik bersama empat lagi calon iaitu The Tag Along 2 serta tiga karya dari Filipina iaitu Birdshot, The Right to Kill dan Respeto. 

Selain Interchange, tiga buah filem tempatan lain iaitu Adiwiraku, Hanyut dan Abang Long Fadil 2 turut mengambil bahagian dalam festival tersebut. 

Penyertaan negara di festival filem antarabangsa selaras dengan keahlian Malaysia melalui Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dalam Badan Penerbit Filem Cereka Asia Pasifik yang dianggotai 23 buah negara lain di rantau Asia Pasifik. 

Tahun lalu, Malaysia berjaya meraih anugerah Pengarah Terbaik menerusi Syamsul Yusof untuk filem Munafik selain Penyunting Terbaik bagi naskhah Ola Bola (Gwyneth Lee). 

Sejak penganjuran edisi pertama pada 1954, Malaysia telah meraih sebanyak 56 anugerah menerusi Festival Asia Pasifik. - K! ONLINE