Bagaimanapun, Indah atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussein, 30, tidak mendedahkan identiti bakal suami dan lokasi pernikahannya kelak.

“Terlebih dahulu, saya ingin memohon maaf dan menyusun sepuluh jari kerana tidak dapat menjemput rakan-rakan media kerana majlis ini diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh keluarga serta sahabat terdekat.

“Bukan niat untuk merahsiakan tentang perkara ini, tetapi ia dilakukan demi menjaga hati keluarga kedua-dua pihak,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi.

Terdahulu, Indah yang popular dengan lagu Percayalah itu memutuskan pertunangannya dengan jejaka yang dikenali sebagai panggilan Mr. R. - K! ONLINE