Indah berkata, lagu berentak balada yang diluncurkan pada 29 Mac lalu kini menduduki carta Lagu Top Trending di pelantar digital popular, Joox.

“Sebenarnya, lagu ini pernah ditawarkan kepada saya untuk dimuatkan dalam runut bunyi drama Nur edisi pertama. 

“Tetapi disebabkan masalah kesihatan dan jadual yang tidak mengizinkan, saya terpaksa menolak. Ternyata, memang telah tertulis, saya diberi peluang untuk merakamkan lagu ini untuk Nur 2,” katanya.

Dicipta sepenuhnya oleh Amylea Azizan, klip video rasmi Pudar bakal dilancarkan menerusi saluran YouTube Nova Music Videos pada 9 malam ini.

Sebelum itu, Indah akan mengadakan sesi nyanyian akustik pada pukul 8 malam dan menjawab soalan yang diajukan oleh peminat secara langsung menerusi saluran yang sama. - K! ONLINE