Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim,30, memberitahu khabar tersebut di laman Instagramnya dengan ucapan mahu berpuasa penuh bagi Ramadan kali ini.

“Alhamdulillah, tiga tahun saya tunggu selepas gugur kali pertama akhirnya Allah kabulkan doa saya dan suami.

“Saya sudah melepasi fasa trimester pertama dan Insya-Allah akan bersalin sekitar hujung tahun ini,” jelasnya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Tambah Ika, dia juga akan memperlahankan kerjaya seni sehingga selamat melahirkan kelak atas nasihat suami dan keluarga.

Ika dan suami, Muhammad Zaid, mendirikan rumah tangga pada 30 Julai 2016 selepas berkenalan hampir lima tahun. - K! ONLINE