Perkhabaran sedih tersebut dikongsikan oleh stesen radio Zayan menerusi akaun Instagram rasmi mereka.

“Salam takziah diucapkan kepada keluarga Mawi atas kehilangan emak tercinta yang telah kembali ke rahmatullah Maghrib tadi.

“Sama-sama kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” kongsi radio Zayan.

Mawi merupakan penyampai radio Zayan sejak tahun 2017.

Menerusi Instagram Stories, Mawi berkongsi semula ucapan takziah yang dihantar oleh rakan-rakan artis. - K! ONLINE