Berita tersebut disahkan oleh suaminya, pelakon Azry Iskandar yang memberitahu ibu mertuanya sudah tiada.

“Ibu mertua saya, ibu kepada Ellie baru sahaja meninggal dunia pagi tadi,” tulis mesej ringkas yang diberikan kepada teman media oleh Azry. 

Sementara itu, Ellie menerusi muat naik video bersama arwah yang sedang nazak di laman Instagram menitip doa buat insan yang disifatkan tunjang dalam hidupnya selama ini.

“Perginya seorang pejuang yang paling kuat pernah saya kenali dalam hidup. Saya akan kuat seperti mak juga.

“Ya Allah, izinkanlah ibuku bertemu arwah bapa di syurga,”tulis pengarah filem Penanggal itu lagi.

Sejak akhir tahun lalu, Allahyarham yang juga penghidap kencing manis lumpuh separuh badan setelah diserang strok dan hilang upaya untuk makan, bercakap dan berjalan. - K! ONLINE