Hrithik menerima ribuan ucapan dikirimkan oleh para pengikutnya di laman Instagram, namun yang paling istimewa adalah apabila Sussanne telah memuat naik sekeping gambar mereka bersama dengan satu kapsyen romantis.

“Selalu dan selamanya awak akan menjadi sinar matahari dalam hidupku. Selamat ulang tahun kelahiran.

“Senyumlah kerana senyum itu yang paling bersinar dan awak akan selalu menyebarkan cahaya itu tanpa batas,” luah Sussanne.

Setelah bercerai, pasangan ini dikatakan lebih romantik dan seolah-olah memperlihatkan mereka masih mencintai antara satu sama lain.

Pasangan yang telah bercerai pada tahun 2014 itu memilih untuk hidup berasingan.

Bagaimanapun, keputusan untuk berpisah itu tidak membatasi perhubungan mereka.