Hazama atau nama sebenarnya, Hazama Ahmad Azmi, 36, berkata, lagu tersebut bakal dilancarkan bersempena sambutan bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia pada tahun ini.

Menurut Hazama yang juga bertindak sebagai penerbit berkata, proses rakaman telah selesai termasuk proses memasukkan suara Perdana Menteri.

"Lagu ini telah siap direkodkan. Proses seterusnya adalah rakaman muzik video dan kami cuba untuk mendapatkan penglibatan Perdana Menteri dalam muzik video ini.

"Saya sendiri secara peribadi mahu bertemu dengan Tun kerana beliau merupakan pemimpin dunia yang dihormati," katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Muzik Video Peneman di Hard Rock Cafe di sini.

Kali pertama berkolaborasi dengan ahli politik, Hazama menegaskan dia bebas untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang mengetuai negara.

Tutur Hazama berdiri atas nama seni, dia juga tidak melibatkan diri dengan mana-mana fahaman politik.

"Saya hormati siapa sahaja yang menjadi ketua negara. Saya tidak mempunyai masalah dengan mereka," jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, muzik video rasmi Peneman dapat ditonton menerusi laman You Tube Nova Music.

Peneman ciptaan sepenuhnya Tam Spider merupakan runut bunyi slot Akasia TV3 bertajuk Asalkan Dia Bahagia. - K! ONLINE