Bukan itu sahaja, filem arahan pengarah Mamat Khalid itu juga berjaya menjadi filem tempatan pertama dengan kutipan tertinggi untuk tahun 2018 setakat ini.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Astro Shaw, Penerbit Eksekutifnya, Datuk Khairul Anwar Salleh berterima kasih kepada semua penonton yang telah menyokong filem ini.

“Terima kasih kepada penonton, rakan media dan pawagam atas sokongan padu yang diberikan kepada filem genre komedi seram ini.

“Diharap sokongan ini berterusan agar filem HKL bertahan untuk minggu yang akan datang,” tulis kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, tayangan HKL terus bertambah pada minggu ini ke negara Singapura. Ia menjadikan keseluruhan sebanyak 146 pawagam termasuk Malaysia dan Brunei menayangkan naskhah sekuel berkenaan. - K! ONLINE