Berita gembira itu dikongsikan suaminya, pelakon Hairul Azreen di Instagram dengan mengucapkan syukur atas kelahiran anak mereka.

“Assalamualaikum, saya dengan penuh rasa kesyukuran ingin berkongsi berita gembira. Isteri saya Hanis Zalikha selamat cahaya mata perempuan kami, Alisa Aisyah binti Hairul Hazreen petang tadi pukul 5.59 petang.

“Dua-dua anak kami lahir pada hari Jumaat. Terima kasih isteri,” tulisnya.

Anak kedua pasangan itu juga sudah pun memiliki akaun Instagram rasmi @thealisaaisyah.

Sebelum ini Hairul dan Hanis yang mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan putera sulung, Yusuf Iskandar yang dilahirkan pada 3 Jun 2016. - K! ONLINE