Menurut Hanez, dia sering menghabiskan masa di rumah dengan menonton televisyen dan menyaksikan program-program hiburan terbitan negara berkenaan.

“Sebelum ini, saya memang meminati budaya dan industri Korea. Tetapi, tidak terlalu obses seperti apa yang saya alami sewaktu hamil.

“Sehinggakan, saya pernah mengajak suami saya untuk bercuti di sana!” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk pewarna bibir, Cake Pop di Hotel Grand Millennium di sini sebentar tadi.

Menurut Hanez, dia tergerak hati untuk memasarkan produk pewarna bibir kerana terpengaruh dengan solekan natural pelakon-pelakon Korea yang sering ditonton di layar kaca.

“Sejak saya obses menonton drama Korea, saya sangat tertarik dengan solekan mereka. Disebabkan hal itu, saya memilih untuk mengeluarkan pewarna bibir ini,” katanya lagi.

Pewarna bibir Cake Pop kini telah dijual secara online di Instagram.

Pada majlis tersebut, Hanez yang kini hamil tujuh bulan turut mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan yang dijangka lahir pada awal Julai depan. - K! ONLINE