Mengulas mengenai pengumuman itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden/Country Head Sun Life Malaysia, Raymond Lew, berkata, pihaknya gembira menyambut kedatangan Hairul untuk bersama sebagai Duta Jenama Sun Life Malaysia.

"Dengan karisma Hairul yang bersesuaian dengan syarikat, kami yakin dapat membantu rakyat Malaysia mencapai jaminan kewangan seumur hidup serta mempunyai kehidupan yang lebih sihat. 

"Kami tidak sabar untuk bekerja dengannya kerana kami yakin dapat memberi kesan positif kepada rakyat Malaysia ke arah kehidupan yang sihat dari segi kewangan, fizikal dan mental," kata Raymond dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Hairul juga teruja untuk menyertai keluarga Sun Life Malaysia.

"Saya merupakan seorang yang percaya pada kepentingan untuk memastikan perlindungan insurans dan takaful bagi orang yang tersayang terutama sebagai suami, dan bapa kepada dua orang anak.

"Pada masa yang sama, mempunyai gaya kehidupan yang sihat dan aktif adalah amat penting untuk kesejahteraan kami. Dengan ini, saya berkongsi komitmen dan misi Sun Life Malaysia untuk memperkasakan rakyat Malaysia menjaga dan mempraktikan cara kehidupan mereka," katanya.

Pelakon berusia 31 tahun itu telah mencatatkan nama dalam industri perfileman Malaysia dalam pelbagai filem penuh aksi terutamanya dalam filem aksi ketenteraan Paskal.

Dia baru sahaja menyelesaikan penggambaran filem Wira yang akan ditayangkan menjelang akhir tahun 2019.

Hairul akan turut beraksi dalam pelbagai kempen Sun Life Malaysia bermula daripada bulan Ogos.

Antara kempen yang akan disertainya adalah acara komuniti masyarakat termasuk ‘Sun Life Malaysia Resolution Run’ yang amat dinanti-nantikan pada awal tahun depan. - K! ONLINE