Menurut Hafiz, dia mengambil keputusan itu kerana berasakan ia paling baik untuk kedua belah pihak buat masa sekarang.

“Saya dan dia mempunyai kawan daripada kelompok sama jadi ada masanya, kami dijemput ke majlis serupa. Jika saya tahu dia akan hadir, saya akan menolak jemputan dengan baik.

“Saya tidak mahu orang lain terutama tuan rumah berasa kekok apabila saya dan bekas isteri hadir di satu majlis sama,” jelasnya lagi.

Tambah Hafiz, dia bagaimanapun tidak mempunyai masalah Joy terus berkawan dengan rakan-rakannya kerana beranggapan masing-masing mempunyai hak untuk bersahabat dengan sesiapa sahaja.

“Biarlah dia mahu berkawan dengan sesiapa termasuk rakan saya, itu tidak menjadi kesalahan pun.

“Saya bukan budak-budak yang tidak boleh tengok sahabat sendiri berkawan dengan orang tidak sehaluan dengan saya,”tegasnya lagi.

Hafiz dan Joy berkahwin pada 1 Mei 2017 sebelum bercerai talak satu kerana mahkamah mengesahkan pernikahan tersebut tidak sah. - Bernama