Sebaliknya, pemilik nama lengkap Hal Husaini Razmi, 31, itu berkata, lagu yang dibuat adalah selalu berdasarkan permintaan yang diterima daripada penyanyi lain.

“Saya tidak pernah mencipta lagu dan menyimpan lagu-lagu yang sedap didengar untuk diri sendiri. 

“Setiap lagu yang saya buat adalah berdasarkan permintaan artis kepada saya,” katanya ketika ditemui Kosmo! Online baru-baru ini.

Dalam pada itu, Hael berkata, lagu-lagunya juga dihasilkan mengikut jenis suara penyanyi yang bakal membawakan karyanya.

“Sebagai contoh, lagu Jampi yang saya cipta memang untuk saya sendiri, bukan orang lain.

“Saya tidak boleh bayangkan kalau Dayang Nurfaizah menyanyikan lagu tersebut,” katanya lagi.

Sepanjang bergelar komposer, Hael telah mencipta beberapa lagu hits bersama Ezra Kong antaranya, Pematah Hati nyanyian Nabila Razali, Nisan Cinta (Siti Nordiana dan Jaclyn Victor) serta Dia (Dayang Nurfaizah).

Dalam perkembangan terbaharu, Hael turut mencipta lagu untuk dua bekas pelajar Akademi Fantasia iaitu Stacy dan Ayda Jebat. - K! ONLINE