Allahyarham Aji atau nama sebenarnya, Fauzi Samin, 50, difahamkan mengalami serangan jantung ketika mendapatkan rawatan di Hospital Columbia di Shah Alam, Selangor kira-kira pukul 11.45 pagi.

Arwah dikatakan mengalami muntah-muntah antara pukul 2 pagi hingga 3 pagi pada hari yang sama pada mulanya menyangka dirinya mengalami gastrik.

Selepas mengambil ubat gastrik, kesakitannya berlarutan lalu dia ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Ketika menerima rawatan, Aji telah terkena serangan jantung kali kedua lalu meninggal dunia.

Difahamkan pada malam ini, Aji sepatutnya mengiringi persembahan Datuk Ramli Sarip di Melaka.

Sepanjang kerjayanya, Aji yang juga anak didik Man Kidal pernah mengiringi konsert artis ternama negara antaranya, Datuk Sheila Majid, Datuk Zainal Abidin dan Datuk Ramli Sarip. - K! ONLINE