Datuk Gerald Hans Isaac yang baru diumumkan sebagai Pengerusi FINAS berkata ekonomi negara yang semakin baik menjadi faktor peningkatan jumlah penonton filem tempatan.

"Saya rasa daripada segi ekonomi, rakyat Malaysia sekarang tengah seronok menonton filem kita, jadi kami nak teruskan agar semua penggiat seni dapat hasil daripada filem-filem mereka sebab filem ini juga memberikan pulangan dan bukan hanya berkarya," katanya dalam segmen RB

Ekstra program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel (Astro 502) di sini, malam tadi.

Hans Isaac dan Ahmad Idham masing-masing mempunyai 25 tahun pengalaman dalam industri perfileman dan mereka faham apa yang diperlukan penggiat industri.

"Kami dah rasa segala pahit manis, susah payah dalam industri ini, jadi kami faham apa yang kami harus lakukan sebab apa yang kami rasa dulu itu yang kami nak tukar. - Bernama